Kerjaya kelab Thomas Lemar

Caen

Lemar melakukan penampilan sulungnya dalam pertandingan Ligue 2 pada aksi pembukaan musim 2013-14 pada 2 Ogos 2013. Beliau tampil selepas menggantikan pemain Jérôme Rothen pada minit ke-78 ketika mereka meraih kemenangan 3-1 ke atas Dijon.[4]

Monaco

Musim 2015–16

Pada 1 Julai 2015, Lemar secara rasminya menyertai Monaco dengan bayaran perpindahan yang tidak didedahkan.[5] Beliau menjaringkan gol sulungnya untuk Monaco pada 22 Ogos 2015 ketika pasukannnya terikat seri 1-1 bertemu Toulouse.[6] Pada 20 September, beliau menghasilkan jaringan gol namunnya pasukannya kecundang 2-3 kepada Lorient di laman sendiri.[7] Empat hari kemudian, Lemar menjaringkan gol dalam perlawanan kemenangan Monaco ke atas Montpellier dengan skor 3-2 di Stade de la Mosson.[8] Pada 17 Januari 2016, Lemar telah menyumbat gol semasa Monaco menentang Lorient yang berkesudahan Monaco menang 2-0 di gelanggang lawan.[9] Pada 4 Mac, Lemar menjaringkan gol pembukaan Monaco sewaktu menentang kelab lamanya, Caen yang berakhir dengan kedudukan seri 2-2.[10][11]

Musim 2016–17

Pada 14 September 2016, Lemar menyumbat gol sulungnya musim ini semasa Monaco melakar kemenangan 2-1 ke atas kelab Inggeris, Tottenham Hotspur.[12] Tiga hari kemudian, beliau menjaringkan dua gol untuk Monaco bagi membolehkan pasukannya menang selesa 3-0 ke atas Rennes.[13] Pada 1 Oktober 2016, beliau menjaringkan gol pembukaan Monaco untuk membelasah Metz 7-0 di gelanggang lawan.[14] Pada 21 Oktober, beliau menjaringkan gol kelima Monaco dalam pertembungan menentang Montpellier. Pada 18 November, beliau sekali lagi menghasilkan gol untuk Monaco bagi meraih kemenangan 3-0 ke atas Lorient.[15][16] Pada 22 November 2016, Lemar mencetak gol kemenangan pasukannya ke atas Tottenham yang berakhir dengan 2-1 pada minit ke-53 permainan.[17] Pada 3 Disember, beliau menjaringkan gol untuk Monaco ketika pasukannya meraih kemenangan besar 5-0 ke atas Bastia.[18]

Pada 15 Januari 2017, Lemar meledakkan gol untuk Monaco ketika mereka menewaskan Olympique de Marseille 4-1 sekali gus membolehkan Monaco melonjak ke tangga teratas liga.[19] Pada 1 Februari 2017, Lemar menjaringkan gol bagi membantu Monaco mencapai kemenangan dalam aksi sengit menentang kelab Championnat National, Chambly dengan skor 5-4.[20] Pada 1 Mac 2017, Lemar menghasilkan gol kemenangan Monaco pada masa tambahan semasa menentang Marseille 4-3 pada pusingan 16 Piala Perancis selepas dua minit pemain lawan, Rémy Cabella menyamakan kedudukan pada minit ke-111.[21] Pada 1 April, Lemar membedil gawang lawan pada aksi final Piala Perancis menentang Paris Saint-Germain dengan menyamakan kedudukan perlawanan pada minit ke-27. Namun, Monaco terpaksa akur tewas pada perlawanan itu dengan skor 4–1.[22] Pada 29 April, Lemar menyumbat jaringan gol ketika Monaco memperoleh kemenangan 3-1 ke atas Toulouse. Pada seminggu kemudian iaitu pada 6 Mei, beliau menjaringkan gol ketika menentang Nancy di gelanggang lawan.[23][24]

Lemar menamatkan musim ini dengan 14 jaringan gol dalam semua kejohanan.[25]

Musim 2017–18

Pada jendela perpindahan musim panas tahun 2017, Lemar dikaitkan dengan perpindahan ke kelab Liga Perdana Inggeris iaitu Liverpool dan Arsenal walaupun rundingan antara Monaco dengan kedua-dua kelab itu tidak pernah tercapai. Pada 29 Jun, Monaco dilaporkan menolak tawaran 31 juta euro daripada Arsenal. Pada lewat bulan Ogos, tawaran 65 juta euro daripada Liverpool pula telah ditolak selepas tawaran awal mereka bernilai 55 juta euro ditolak.[26][27] Arsenal telah membuat tawaran akhir bernilai 100 juta euro tetapi akhirnya ditolak oleh pemain itu.

Pada 28 Oktober 2017, Lemar menjaringkan gol sulungnya pada musim itu untuk Monaco semasa aksi menentang Bordeaux.[28] Pada 15 Disember, Lemar menghasilkan gol kedua Monaco semasa mereka meraih kemenangan 4-0 ke atas Saint-Étienne.[29] Pada 9 Januari 2018, Lemar menjaringkan gol semasa Monaco meraih kemenangan 2-1 ke atas Nice yang berlangsung di gelanggang lawan pada aksi suku akhir Piala Liga Perancis.[30]

Atlético Madrid

Pada 18 Jun 2018, kelab La Liga iaitu Atlético Madrid mengesahkan rundingan awal telah dicapai dengan Monaco dalam urusan perpindahan Lemar.[31] Pada 27 Julai 2018, Lemar berjaya melepasi ujian kesihatan dan menyertai Atlético Madrid secara rasmi dengan nilai perpindahan yang dilaporkan sebanyak 70 juta euro.[32]

Pada 22 September 2018, Lemar menjaringkan[33] gol pertamanya di La Liga untuk Atletico Madrid semasa menentang Getafe CF yang berakhir dengan kemenangan 2–0 berpihak kepada Atletico. Dalam perlawanan itu juga, beliau telah melepaskan tendangan yang menghasilkan gol sendiri oleh penjaga gol Getafe, David Soria.

Rujukan

WikiPedia: Thomas Lemar http://www.asmonaco.com/en/article/as-monaco-and-c... http://www.espn.com/soccer/club/atletico-madrid/10... http://www.ligue1.com/autresCompetitions/article/b... http://www.ligue1.com/coupeLigue/feuille_match/827... http://www.ligue1.com/coupeLigue/feuille_match/837... http://www.ligue1.com/joueur/lemar-thomas http://www.ligue1.com/ligue1/feuille_match/79961 http://www.ligue1.com/ligue1/feuille_match/79986 http://www.ligue1.com/ligue1/feuille_match/79996 http://www.ligue1.com/ligue1/feuille_match/80139